Khamis, 30 April 2009

Cara Nak Khusyu' Dlm Solat...


Hmm..
Yang pertamanya kita kenalah ambil wudhuk dengan cara yang sempurna..dengan kesempurnaan inilah,membuatkan kita rasa bersyukur dan akan melakukan solat dengan sebaiknya

Keduanya,memahami apa yang dibaca didalam solat
Kalaulah kita dapat mengetahui setiap mksud bacaan kita,nescaya tumpuan kita akan tertumpu terhadap solat...

Seterusnya kita digalakkan untuk membaca dengan baik dan bacaan tersebut mestilah dapat didengari oleh telinga sendiri.Keadaan ini dapat membantu kita dalam penumpuan.Tapi hati-hati,jgn sampai mengganggu kekhusukkan orang lain ketika solat berjemaah..k..=)

Kosongkan fikiran dan lupakan sebentar hal dunia.off dulu enset..peace..=)

Rabu, 22 April 2009

Solat Pendidik JIwa Paling Berkesan



Solat adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek.Antaranya adalah untuk mengelakkan seseorang daripada rasa malas dan membuang masa.Ketika waktu menjelang siang,muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu kerana sudah datangnya waktu siang yang mana bukan masa untuk tidur.Siang adalah waktu untuk berlumba-lumba mencari rezeki.Hebatnya motivasi ini.Apabila matahari pula tegak diatas kepala ketika asyik bekerja,manusia diingatkan lagi kepada solat Zohor.Ia mengingatkan kita supaya prihatin terhadap masa.

Apabila bayang sudah sama panjang dengan objek di bumi dan matahari mula berlabuh,datang lagi seruan 'marilah solat,marilah menuju kejayaan'.Malah ketika matahari tenggelam dan tidak tersirna lagi cahayanya, gema suara perkataan dan seruan tadi muncul kembali.Ketika saat lembayung merah di langit luput,muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul menunaikan solat secara jemaah.Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Sedarlah,biarpun begitu banyak motivasi yang kita dapat saban hari, masih ada lagi manusia yang hanyut dengan lambaian dunia.Marilah kita sama-sama membina kehidupan dunia tanpa menyisihkan keperluan akhirat..Renung-renungkanlah..=)