Isnin, 27 Julai 2009

Di Sebalik Perjalanan...




Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak tulis blog ni.Macam2 hal yg menyelingkupi ruang masa ni.
Tak sempat nk menjengah blog.
Kali ni saya nak kongsi sikit pengetahuan mengenai peristiwa besar yang berlaku terhadap junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad saw-Israk dan Mikraj.Rasanya masih belum terlewat untuk sama2 kita menghayati dan membuka kembali ruangan fikiran kita untuk mendekatkat diri supaya lebih memahami tentang peristiwa penting ini.Biarpun sudah berganti bulan kepada Syaaban sekarang ni,tapi tak jadi masalah kn..hehe
Secara amnya,setiap umat Islam perlu tahu tentang peristiwa ni.Dan pada hemat saya memang kita sudah tahu mengenainya.
Israk bermaksud perjalanan nabi menaiki Boraq pada malam 27 Rejab dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Baitulmaqdis di Palestin.Mikraj pula membawa erti nabi diangkat ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah swt
Segala inti pati dan sari perjalanan Baginda melewati setiap saat pemergian Baginda dalam peristiwa ini rasanya tak perlu saya jelaskan sebab dari sekolah lagi kita dah didedahkan dengannya kan..
Mesti kita penah dengar nabi jumpa orang tua bertongkat..orang2 yang memilih untuk memakan daging mentah..orang yang mengangkat bebanan yang berat dan sentiasa bertambah,golongan yang menghentak2 kepala mereka pada batu keras dan juga golongan yang bercucuk tanam dan mendapat hasilnya secara terus.
Kesemua perkara yang Allah tunjukkan kepada nabi ini membawa pengertian yang cukup berkamna buat sejuruh manusia yang mendiami jagad ni.Sedar atau tidak,penganugerahan ini telah menyaringkan pemikiran kita untuk lebih mengenali diri.
Sebenarnya bukan peristiwa2 itu yang akan saya tekankan disini.Sebaliknya adalah beberapa penghayatan penting yang tersirat daraipada peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Pertamanya adalah perbezaan wahyu dan akal.Sepertimana yang diketahui,sebaik sahaja nabi mengkhabarkan peristiwa ini,ramai dikalangan umat Islam pada ketika itu menganggap nabi telah dirasuk ataupun gila.Lantas ramai diantara mereka yang murtad kerana tidak percaya dengan segala penceritaan itu.Bayangkan,mana mungkin seseorang pada zaman itu mampu untuk sampai ke Baitulmaqdis yang letaknya beratus-ratus batu dai Mekah dalam tempoh satu malam dan pulang dengan selamat pada malam yang sama.Inilah hakikatnya.Wahyu melangkaui segalanya.Ingatlah bahawa akal itu terbatas.Tidak semua perkara yang kita tahu dapat ditafsir dengan kemampuan akal.Berbaliklah pada wahyu untuk kita lebih beriltizam kerana apa yang gagal ditafsir oleh logik otak,dapat kita ketahui melalui penjelasan wahyu.Betapa agung ciptaan Allah ini yang mana manusia tidak termampu untuk melakukannya malah sekadar memikirkannya.Hanya kuasa Allah yang menaungi segalanya.Kita berebut-rebut mencari kebenaran yang logikal tapi secara tepatnya kebenaran yang hakiki itu perlu kita pertahankan.
Keduanya adalah kekuatan rasa Cinta dan Kasih kepada Allah dan Nabi Muhammad saw.Perkara ini dibuktikan melalui ikrar yang dilakukan oleh sahabat iaitu Abu Bakar As-Siddiq.Tatkala ramai muslimin pada ketika itu bertindak keluar dari Islam kerana halnya tidak percaya lagi kepada Rasul,Abu Bakar bertindak sebaliknya.Peristiwa ini telah dapat menguatkan lagi kecintaannya terhadap Allah dan Rasulnya.Apabila perkhabaran ini sampai ke pengetahuan Abu Bakar,para sahabat bertanya," Wahai Abu Bakar,Muhammad telah menceriatakan suatu peristiwa kepada kami mengenai perjalanan Baginda ke Baitulmaqdis dan balik semula ke Mekah pada Malam yang sama.Sungguh mendukacitakan.Adakah engkau akan percaya dengan semua ini?"
Abu Bakar seraya berkata," kalau benarlah kata-kata itu yang keluar dari mulut Pesuruh Allah (Muhammad) aku percaya sepenuhnya.Takkan aku nafikan walau sedikitpun".Begitulah betapa tingginya rasa kecintaan Abu Bakar terhadap Allah dan kebenaran Kenabian.

Ketiga adalah kuasa Allah itu menguasai semuanya.Fikirlah dengan akal yang waras kerana ianya terbukti

Keempat pula adalah kefardhuan solat yang dianugerahkan secara terus kepada nabi berbanding syariat dan kefardhuan lain yang disampaikan melalui firmanNya..

Saya rasa setakat ini dulu untuk lembaran kali ini.Ada banyak lagi pengetahuan yang ingin saya kongsikan.Sehingga bertemu lagi pada post saya yang seterusnya k..hehe..

p/s: Dalam banyak hal dan waktu,kita selalu lupakan Allah.Ingatlah bahawa Allah tidak pernah lupakan kita walaupun sekejap.Renung-renungkanlah..bye.

1 ulasan: