Rabu, 11 Mac 2009

Hati Awak Akan Mati Kalau...




Bulletin Board dari: Kawan Friendsterku,Zulaikha..

Banyak betul perkara yang berlaku tehadap diri ini pada minggu yang lalu. Betul-betul menguji keimanan dan kesabaran diri. Tapi, alhamdulillah, berkat pertolongan dariNYA melalui keluarga dan sahabat-sahabat saya, segalanya dapat diatasi akhirnya. Alhamdulillah.
Sedang asyik saya membelek salah satu buku kesayangan saya masa blaja kat matrik dulu, tiba-tiba saya ternampak satu coretan yang sudah agak lama tidak saya baca. Pesanan dari naqibah saya dulu. Dan hari ini saya nak sampaikan pesanan ini buat sahabat-sahabat saya pula. Iaitu faktor-faktor yang menyebabkab hati kita “mati”.
Di antara penyebab matinya hati kita ialah apabila kita malas untuk melakukan kebaikan dan amal soleh. Di ajak baca al-qur’an, “bizi”. Apabila di ajak ke masjid, ke majlis-majlis ilmu pula, banyakla alsan kita. Penatla, byak kejerla etc. Tapi, bila diajak keluar, boleh pula. Habis hilang segala penat lelah kita tu. Itu belum masuk lagi bab untuk ajak sahabat-sahabat lain sama-sama buat kebaikan. Em, jauh panggang dari api la jawabnya. Pernah sekali tu, hati saya begitu terusik dengan kata-kata sahabat saya ni. “Nurul, aku tak kisah kalau ko nak ajak aku gi mane-mane pun, tapi tolongla jangan ajak aku gi dengar talk. Aku sakit kepala bila dengar menda-menda baik ni. Ko pun tahu, kalu dengar lagu nasyid pun aku da rasa cam sakit sangat kepala, stress, ni kan pula ko nak suruh aku dengar talk. Kalau ko betul-betul sahabat aku, tolongla jangan ajak aku lagi”. Pada masa tu, hanya DIA yang tahu betapa hancurnya hati saya. Tapi, berputus asa pun bukan boleh selesaikan masalah kan? Dengan kata-kata itu juga buat saya makin galak mengajak sahabat saya tu. Pelbagai alternatif saya ushakan. Dan Alhamdulillah, sahabat saya makin menunjukkan sikap-sikap positif sehinggakan sekarang ni, dia pula yang mengingatkan dan mengajak saya ke majlis-majlis ilmu. Alhamdulillah.
Selain tu, kalau nak tahu hati kita ini masih hidup lagi atau dah mati, cuba-cubala baca al-qur’an. Atau kalau malas sangat nak baca, pasang je bacaan ayat-ayat al-qur’an tu. Pahami maksud kalamullah .Kalau ada perasaan takut dengan ayat-ayat al-qur’an tu, Alhamdulillah, hati kita masih lagi hidup. Tapi, kalau takde pape perasaan, paham-paham jela. Bila sebut tentang kalamullah ni, ingat lagi satu kisah yang diceritakan oleh naqibah saya ni. Tentang seorang hamba ALLAH (allahyarham) yang pernah menuntut di Darul Qur’an. Naqibah saya ini menceritakan bahawa ketika dekat dengan saat-saat kematian allahyarham, saudara kita ini telah menjadi imam utuk solat pada malam tersebut. Dia telah membacakan ayat-ayat dalam surah al-Hijr. Ketika sampai pada ayat 46, dia telah mengulangi ayat tersebut sebanyak 3kali. Beberapa hari selepas itu, saudara kita telah dijemput mengadap Ilahi. Sahabat-sahabat tahu tak maksud ayat yang diulang sebanyak 3kali itu? Terjemahannya, ALLAH berfirman, “Masuklah kedalamnya dengan sejahtera dan aman”. Subhanallah. Bahagianya jika kita juga ditempat saudara kita itu. Seolah-olah telah dijanjikan syurga buatnya. Papepun, wallahua’lam. Al-Fathihah buat allahyarham. Sama ada cerita ini betul atau tidak juga, wallahua’lam.
Sahabat-sahabatku, hati kita juga dah di kira mati bila kita melebih-lebihkan dunia dan kurang mengingati akhirat. Kita pun tahu sekarang ni penyakit ‘wahan’ ni makin berleluasa. Cintakan dunia, takutkan mati. Biasala, manusia akhir zaman kan. Semuanya fikir nak bahagia kat dunia ni je. Nak beli tu la, nak beli ni la. Nak enjoy la. Kalau tak caya, cuba tengok sambutan orang ramai bila ada konsert dan majlis ilmu dalam hari dan masa yang sama. Mana lagi ramai eh? Tepuk dada, tanya iman. Kalau konsert tu, belum mula lagi, da ramai setia menunggu. Nak tengok “idola-idola” kesayangan merekala.Kat sini nak tanyala sikit, nanti esok-esok, diaorang akan tolong anda ke? Dengan pakaian ntah pape tu, tu ke idola kita? Hurm,fikir-fikirla wahai sahabat. Tapi, kalau majlis-majlis ilmu ni, boleh kira dengan jari berapa orang yang datang. Dan yang datang tu pula, nak tengok remaja-remaja ni, amatla susah. Sedih betul. Em, sebut pasal enjoy ni, teringat masa cakap-cakap dengan seorang sahabat saya ni. Dia selalu cakap mak dia tak halang dia tuk wat papepun, tapi mak dia akan gitau kata-kata yang membuatkan dia berfikir. Sebagai contoh, dia mintak izin dengan mak dia tuk keluar dengan kawan-kawan, tengok wayang. Mak dia macam biasa, kasi jer. Tapi satu je mak dia cakap,”adik fikirlah, kalau ditakdirkan panggung wayang tu roboh atau adik meninggal masa tengah khusyu’ tengok wayang, pe agaknya keadaan adik nanti eh? Bila ditanya masa adik meninggal tu,pe yang adik tengah buat, pe yang adik nak jawab? Meninggal semasa tengok citer? Tak ke sedih tu?” Kata-kata mak sahabat saya tu, betul-betul wat saya berfikir. Secara jujur, saya jenis yang suka main. Roller coaster is my fav. Tapi bila ingat kata-kata mak sahabat saya tu, Alhamdulillah, perasaan nak main kat situ da hilang, Alhamdulillah. Saya jadi takut sekiranya ditakdirkan nafas saya terhenti nanti, ketika itu saya sedang bergembira dengan keseronokan duniawi tu. Papepun, terima kasih sahabatku. Terima kasih kerana menyedarkan diri ini.

Kurangnya mengingati dan mengagungkan ALLAH. Nak tanyala, rasa-rasanya, dalam sehari, berapa kali eh kita ingat DIA? Em, susah nak kira eh? K la, paling senang, dalam sejam,berapa kali kita ingat? Nape? Susah juga nak kira ke sahabat-sahabatku? Saya pun tak nak susahkan sahabat-sahabat kat sini. Rasanya kita sendiri tahu berapa banyaknya kita ingat akan DIA kn? Sebab hanya kita dan DIA yang tahu semua tu kn. Nak kongsila satu cerita kat sini. Masa tu duk dalam lrt (biasala, pengangkutan wajib tuk pelajar-pelajar macam saya ni), nampakla sorang sister ni. Khusyu’ betul saya tengok dia. Saya ni amatla tak suka tengok ragam-ragam manusia kat sekeliling saya, tapi tak tahula kenapa saya begitu tertarik dengan perwatakan sister ni. Amat sopan, amat baik. Muka dia penuh dengan ketenangan. Saya pun apalagi, terus tegur sister tu. Banyak yang saya cakap dengan akak ni. Salah satu nasihat dia yang saya sentiasa ingat ialah,”adik,hidup kita ni kejap je dik. Kita tak tahu bila kita akan mengadap DIA. Kita tak tahu apa yang akan berlaku terhadap diri kita nanti. Tak tahu ape yang menunggu kita. Nasihat akak, walau papepun yang adik buat, selalulah ingat DIA dik. Zikrullah, zikrullah dan zikrullah. Biar bila putusnya nafas kita nanti, pada masa tu kita sedang ingat akan DIA dik.” Ya ALLAH, betapa kata-kata dari akak tu begitu berbekas di hati ini. Akak, terima kasih di atas nasihat akak tu. InsyaALLAH, saya tak akan lupa. Betapa nikmatnya sekiranya diri ini meninggalkan dunia dalam keadaan mengingati diriMU ya ALLAH. “Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaaan kami asyik dalam rindu padaMU dan dalam keadaan kami tidak terleka dengan duniaMU, ameen...”.

Matinya hati kita juga dengan kurangnya atau tidaknya kita belajar dengan ayat-ayat qalmiah. Maksudnya hati yang tidak terpengaruh dengan setiap kejadian seperti kematian, bencana alam etc. Mungkin bila saudara-saudara terdekat dengan kita meninggal dunia, rasa sedih itu wujud. Tapi bila kita mendengar khabar kematian dari saudara-saudara yang jauh dari diri kita, sedikit persaan sedih pun belum tentu wujud dalam diri. Apatah lagi nak menginsafi bahawa setiap yang hidup itu pasti akan meninggalkan dunia ini. Bencana yang berlaku pun, kita hanya ambil mudah. Kita hanya menganggap itu adalah perkara biasa. Tidak ingat akan peringatan dari ALLAH. Terus terleka dengan dunia. Mungkin apabila bencana tersebut ditimpakan ke atas diri kita, baru kita akan sedar betapa tinggi atau rendahnya duduk kita di alam ini.
Wahai sahabat-sahabatku, ingatlah, kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara. Ujian dan dugaan itu hanyalah untuk menguji sedlam mana keimanan dan kecintaan kita terhadap ALLAH. Jangan kita jemu dengan hidup ini sahabatku kerana sesungguhnya masih banyak lagi tugas yang belum kita langsaikan. Masih banyak lagi janji-janji yang belum kita lunaskan. Lihatlah diri kita, sudah berapa banyakkah amal soleh yang kita lakukan? Adakah kita solat pada waktu yang ditetapkan? Adakah kita bersedekah keranaNYA? Ayuh sahabat-sahabat, marilah kita bersama-sama berusaha dalam mencari keredhaanNYA.

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”
[al-Nisaa’ 4: 69]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan