Ahad, 22 Mac 2009

Jangan Hampiri Zina,please...




Sebagai 1 agama ynag amat hebat dan agung,Islam sudah tersedia menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana firman Allah:

"jangan kamu menghampiri zina"

Kalau hampiri sudah ditegah dan dilarang,apatah lagi hukumnya jika melakukannya.Hmm..Menghampiri bermakna setiap apa saja perbuatan yang menjadi pendorong,penyebab,keinginan dan sebagainya adalah haram hukumnya.Kalau ada pendorong maka mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula,terjadilah perbuatan terkutuk yang mana saban hari kita lihat dan kita dengar iaitu remaja melahirkan anak luar nikah..
Hmmm..

Bayi yang comel dan tidak berdosa ditemui mati dalam timbunan sampah dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar.Sudahlah berzina,amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.Bila semua ini akan berakhir?
Hati ni dah sayu mendengar cerita-cerita ini.Dah tergadaikah maruah kita dengan habuk-habuk dan debu dunia ni..Sejarah hitam pekat yang melanda umat terdahulu patut kita jadikan pedoman sebelum ulangannya menghancurkan kita.Sesekali saya rasa takut bila memikirkan keadaan ini.Umat yang bagaimana akan lahir dan muncul nanti jika hari ini dunia telah menghidangkan unjuran kezaliman yang tak terhenti-henti seperti ini..Cuba kita selami apa yang telah kita lakukan saban hari..Cukuplah kenangan kotor masa silam yang terpalit dulu berbekas.Jangan biarkan ada lagi parut-parut baru.Saya dah bosan dengan hidup dalam generasi yang terumbang ambing ini.Harap-harap ada lagi sinar-sinar harapan disebalik mendung ni..
Hmm..berhentilah..

Oleh itu,pergaulan bebas,berdua-duaan,berpimpin tangan,rapat merapati dan berhimpit diatas motosikal perlulah dielakkan kerana ianya merupakan sesuatu yang boleh menjadi pendorong yang kuat kepada zina..Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.Maksud hadis:

"Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata,'sesungguhnya aku takut kepada Allah"

Sebab itu,mendidik mengenai syurga dan neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat dari api neraka yang membakar selamanya.Langkah pencegahan menurut Islam ialah:

  1. Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi
  2. Tidak berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi
  3. Tidak bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita
  4. Tidak bergaul bebas lelaki dan wanita tanpa batas..
Ingatlah,"Pesanan Itu Adalah Penawar"..peace..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan